Halaman

Khamis, 23 September 2010

no6.Universiti Al-Iman, San'a Yaman (1 contoh golongan Haq)


Syeikh Abdul Majid hafizahullah

Suatu ketika dahulu Universiti al-Iman, Sana’a pernah dituduh sebagai sarang pengganas. Malah lebih dari itu, universiti ini juga ditohmah sebagai markas pengajian yang dibiayai oleh pergerakan al-Qaeda tanpa bukti kukuh. Akhirnya, fitnah tersebut semakin lama semakin hilang dengan kewibawaan para ulama yang dihasilkan dari universiti ini. Terdapat di kalangan lulusan mereka yang telah dipilih oleh rakyat menjadi ahli parlimen dan ada juga yang dijemput untuk menyumbangkan ilmu mereka di luar negara.

(Pengenalan)

Universiti al-Iman telah diasaskan oleh Syeikh Abdul Majid Aziz al-Zandani bersama para ulama Yaman yang ikhlas ingin melihat perubahan dalam sistem pengajian ilmu-ilmu Islam. Seorang ulama terkenal, Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah hadir ke universiti ini dan mengakui kelebihan manhaj pengajiannya yang sangat berbeza dengan pusat-pusat pengajian yang lain di dunia Islam.

Banyak perkara yang tidak diketahui mengenai universiti ini. Lalu saya cuba membuat temujanji untuk berjumpa Syeikh Abdul Majid di kediaman beliau. Kunjungan ini merupakan kali kedua, khusus bertujuan untuk mendapatkan penjelasan beliau mengenai sistem pengajian di universiti tersebut.

Syeikh al-Zindani seorang yang sederhana perwatakannya dan sangat merendah diri. Apabila diminta untuk menceritakan pengalaman beliau dalam bidang ilmu, beliau menjawab diiringi senyuman, “Perkara ini tidak ada manfaat jika anda mengetahuinya dan anda tidak akan rugi jika tidak mengetahuinya.” Lalu beliau lebih berminat untuk berbicara tentang sistem pengajian di Universiti al-Iman untuk menggalakkan para pelajar datang ke belajar ke sini.

Syeikh al-Zindani menyatakan, “Manhaj kami di universiti adalah sukar sebagaimana yang kamu ketahui. Manhaj pengajian yang mantap, kerana kami hendak menghasilkan orang yang berilmu. Kerana itu, mereka (para pelajar) akan merasa ‘letih’ sedikit. Ketika kami mengasaskan universiti ini, matlamat kami adalah untuk menghasilkan orang yang memahami agamanya dengan ilmu yang sahih dan mantap sebagaimana para sahabat ridhwanullahu‘alaihim mempelajarinya. Begitu juga kami mahukan dia memahami agamanya serta menyedari bahawa dia berada pada kurun ke-21 dan mengetahui bagaimana mengeluarkan hukum-hakam agama untuk menyelesaikan isu-isu semasa daripada perspektif al-Quran dan Sunnah. Juga, bagaimana untuk menjadi insan yang bertakwa dan takut kepada Allah. Tidak ‘membeli’ atau ‘menjual’ (agama), tidak menjadi penakut dalam menyatakan kebenaran agamanya dan ikhlas kepada Allah.”
Syeikh dalam satu perjumpaan
Syeikh al-Zindani menjelaskan bahawa ilmu agama itu diperolehi daripada al-Quran dan Sunnah. Ilmu fekah juga dipelajari daripada para ulama fuqaha kaum muslimin yang terdahulu di mana keilmuan mereka telah diterima semenjak berkurun lamanya. Beliau juga cuba memperbetulkan sistem pengajian agama yang dilaksanakan di kebanyakan universiti-universiti Islam pada ketika ini, iaitu para pelajar kebanyakannya mempelajari agama melalui nota-nota pengajian dan bukannya daripada kitab-kitab karangan para ulama.

Kata beliau, “Ilmu itu diperolehi dengan kamu mengambil kitab yang muktamad dan dipelajari dari kulit depan ke kulit belakang.. dipelajari setiap perkara yang terdapat di dalamnya.”

Menurut beliau, sistem pengajian agama yang hanya mempelajari beberapa juzuk ilmu tidak akan dapat menghasilkan ulama mujtahid yang dapat menyelesaikan masalah umat. Kata beliau lagi, “Kerana itu di universiti kami, ilmu tafsir dipelajari dari surah al-Fatihah hingga surah al-Nas, dari awal mushaf ke akhirnya.”

Di Universiti al-Iman, para pelajar perlu mempelajari disiplin ilmu-ilmu yang banyak seperti ‘Ulum al-Quran, Sunan, mustalah hadis, usul fiqh, nahwu dan sarf dan lain-lain. Juga dipelajari Sirah Nabawiyyah, sejarah Islam, ilmu tazkiah (tasawwuf) yang bertepatan dengan sunnah dan merangkumi semua ilmu yang perlu dikuasai oleh seorang pendakwah.
(Prasarana Pembelajaran)
P/s; Jika antum seorang pelajar agama atau pendakwah, jadikan pesanan pada minit ke 2:52 dalam video part 2 ini sebagai kata2 semangat dan panduan untuk menjalani hidup sebagai seorang Muslim yang Mukmin.

Di antara keistimewaan sistem pengajian di Universiti al-Iman ialah ‘ilmu al-Iman’ iaitu satu ilmu yang dapat menguatkan keimanan kita kepada Allah Ta’ala berdasarkan hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah. Juga dipelajari ilmu I’jaz al-‘Ilmi yang membuktikan kebenaran al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w berdasarkan fakta-fakta penemuan sains dan teknologi pada zaman ini. Kini ilmu ini sudah mula diajarkan di kebanyakan universiti-universiti yang lain.
Media Press

Kata Syeikh al-Zindani, “Pengajian ilmu iman di Universiti al-Iman adalah berbeza. Kerana kami menyediakan manhaj pengajian iman bertepatan dengan manhaj al-Quran. Itulah manhaj para sahabat dan para tabi’in. Kami banyak memberikan perhatian pada dalil-dalil yang dapat menguatkan keimanan, menegakkan hujah-hujahnya dan menolak syubhat golongan ateis dan orang-orang yang kafir pada zaman kita ini.” Menurut beliau lagi, para pelajar juga mempelajari ilmu-ilmu falsafah dan ilmu kalam sebagai satu ilmu pengetahuan. Katanya, “Bukanlah kita mahu menjadikan ilmu itu sebagai asas (keimanan), kerana iman para sahabat dan tabi’in tidak mengenal semua itu. Bahkan, supaya kita mengetahui jika terdapat kebaikan, maka kita terima dan jika terdapat penyelewengan, lalu kita menolaknya.”
Manhaj pengajian fekah di universiti ini melalui tiga peringkat, kata Syeikh al-Zindani, “Peringkat yang pertama, kita mempelajari fekah secara terus daripada (nas-nas) al-Quran dan Sunnah, iaitu terus merujuk kepada nas. Mengikut manhaj Imam al-Syawkani. Kemudian kita mempelajari fekah secara perbandingan di antara 4 mazhab.” Ini bagi memberi pemahaman, mengapa mazhab-mazhab tertentu mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hukum dalam satu-satu perkara. Supaya mereka mengetahui dalil-dalil bagi setiap pendapat mazhab-mazhab tersebut. Menurut Syeikh al-Zindani, manhaj ini dipelajari sehingga tahun ke-7 pengajian.

Demonstrasi

Kata beliau lagi, “Setelah tahun ketujuh, jika pelajar tersebut mendalami fekah, qadha atau fatwa secara takhassus (specialised) , dia akan mempelajari satu-satu mazhab secara khusus. Sama ada mazhab Imam al-Syafie, Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Supaya dia benar-benar memahami mazhab itu dengan terperinci. Apabila dia pulang ke negaranya kelak, sekiranya penduduk negara itu mengikut mazhab Syafi’e, maka dia mampu berfatwa dengan menepati mazhab Syafi’e. Begitulah dengan mazhab-mazhab yang lain.” Bukan sekadar ilmu agama, malah universiti ini juga menyediakan tawaran pengajian dalam bidang ekonomi, pengurusan, perubatan, psikologi dan media komunikasi menurut Islam bagi mereka yang berminat untuk mendalaminya.

(Saranan 'Ulama-'Ulama Kontemporari)

Kesemua ilmu-ilmu ini bagi membolehkan lulusan universiti ini menjalankan peranan mereka dalam masyarakat dengan menepati syariat Islam dan mengetahui perkara halal dan haram. Di samping itu, mereka juga menjadi pendakwah dalam bidang-bidang tersebut untuk memperbaiki sistem kehidupan yang bercanggah dengan Islam.

Kata Syeikh al-Zindani, “Dengan itu, Parti Islam di Malaysia akan beroleh banyak manfaat dengan para pelajar kami.”

Website Jamiah Al-Eeman : jameataleman.org (sumber gambar)
Dipetik dari artikel : Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)

P/s; Ini merupakan salah satu contoh golongan (HAQ) yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, bukan golongan ini sahaja malah ramai lagi golongan yang (HAQ) asalkan hidup berpandukan Quran n Hadist.

Rujukan;
 http://budakiman.blogspot.com/2009/06/bingkisan-dari-yaman-syeikh-al-zindani.html
http://kembara-hikmah.blogspot.com/search/label/Hikmah%20Yaman
akhbar HARAKAH bertarikh 19-21 september 2008 ruangan Fikrah Figur


Fikrah Figur 19-21 Sep 2008
Susunan: Ustaz Zainuddin Hasyim ustazzain@harakah.net.my


Dr. Adul Majid Aziz Zandani Hadapi Pelbagai Tribulasi

Ketokohan Dr. Abdul Majid dalam penglibatan bersama gerakan Islam di Yaman tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Walaupun suatu ketika gerakan Ikhwan Muslimun pada 1948 dicincang begitu rupa hingga ke akar umbi dan terus lenyap di bumi Yaman, semangat untuk mengembalikan nostalgia kenangan itu tetap dan terus membara dalam diri beliau.

Kesibukan dengan program-program gerakan tidak melumpuhkan semangat juangnya untuk memastikan Islam akan terus bertapak di negaranya. Ini kerana Yaman bukanlah dikategorikan sebagai sebuah negara Arab yang berkiblatkan cara hidup dan peraturan Islam, malah lebih kepada sistem pentadbiran negara berorientasikan Sosialis dan Komunis yang sememangnya anti-Islam.

Ini bermakna tugas berat menanti Dr Abdul Majid bagaimana kemampuannya untuk membawa negaranya yang tercinta agar beralih kepada sistem pentadbiran Islam dalam erti kata sebenarnya. Inilah cita-cita yang disemai dalam sanubari beliau untuk melihat Islam menjadi rujukan dan pegangan dalam segenap aktiviti kehidupan dalam masyarakat secara menyeluruh.



SEJARAH HIDUP DR ABDUL MAJID

Beliau ialah Dr Abdul Majid Aziz az-Zandani, yang merupakan seorang tokoh ahli politik dan korporat Yaman yang tidak asing kepada masyarakat Yaman seluruhnya.

Beliau pengasas Universiti Iman di Yaman, pengasas badan ‘Ijaz Ilmu Sains al-Quran dan Hadits yang berpangkalan di Makkah, Presiden Majlis Syura Perhimpunan Islah Yaman dan salah seorang pengasas Gerakan Ikhwan al-Muslimun Yaman.

Dilahirkan dibandar Ba’dan dalam wilayah Ibb, Republik Yaman pada 1942, mendapat pendidikan awal di al-Kuttab, kemudian beralih ke Aden dan meneruskan pengajian secara pondok di situ.

Selepas menamatkan pengajian di Aden, beliau meneruskan pendidikan peringkat pangajian tinggi di Fakulti Farmasi di salah sebuah universiti di Mesir selama 2 tahun.

Setelah menamatkan pengajian di Mesir, beliau pulang ke San’aa, Yaman dan dilantik sebagai pendidik di Kementerian Pendidikan. Di situlah bermula kecenderungan beliau menulis dan menghasilkan bahan-bahan ilmiah. Dalam kesempatan itu beliau telah mengarang kitab ’Akidah Berasaskan Saintifik’ bersama beberapa pendidik lain untuk dijadikan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Yaman.

Beliau sering diundang menyampaikan kuliah agama yang berteraskan ilmu sains di beberapa buah masjid , kuliah-kuliahnya itu dirakam dan dijadikan bahan rujukan kemudian diterjemahkan kepada beberapa bahasa dunia.

Kepakaran beliau dalam ilmu sains yang berpaksikan kebenaran al-Quran mendapat sambutan meluas bukan sahaja di kalangan rakyat Yaman, malah mula dihidu oleh institusi pengajian luar negara, antaranya ‘Arab Saudi. Beliau diundang menjadi tenaga pengajar di sana, dalam beberapa tahun semasa menetap di ‘Arab Saudi (tanpa disebut tarikh atau tahun) . Beliau mengadakan kelas-kelas pengajian agama, menyampaikan kuliah dan ketika berada di Mekkah, beliau berjaya mengasaskan Badan ‘Ijaz Ilmu Sains al-Quran dan Hadits dan menjadi pengerusinya yang pertama.

Kepakaran ilmu pengetahuan yang dimilikinya itu tidak terhenti setakat dicurahkan kepada orang lain. Akan tetapi beliau berhasrat untuk berbakti kepada anak bangsa sendiri di Yaman, beliau akhirnya meninggalkan ‘Arab Saudi untuk berkhidmat semula ditanah airnya sendiri.

Setelah beliau mendapat pandangan daripada Majlis Syura ‘Ulama Dunia, beliau telah mengasaskan Universiti Iman bagi mengajar para pelajar subjek Pangajian Islam dan Sains.

Pada masa yang sama juga beliau meneruskan tugas mengarang kitab dan berjaya menghasikan bahan-bahan ilmiah mengenai tentang ilmu akidah dan hubungannya dengan saintifik moden.

Hasil kajian yang dilakukan terutamanya dalam bidang sains mendapat perhatian beberapa institusi pengajian tinggi luar negara. Akhirnya beliau dianugerahkan ijazah doktor kehormat daripada Universiti Oum Darman, Sudan sebagai satu penghargaan dalam bidang ilmu sains.

Tidak cukup dengan itu, beliau berjaya dalam satu penemuan baru saintifik penawar bagi sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS).

Penemuan penawar penyakit itu mendapat liputan meluas hingga beliau dipanggil oleh stesen televisyen al-Jazeera untuk mewawancara mengenai tentang hasil penemuannya itu. Beliau menggunakan kaedah ubat-ubatan berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Kajian yang dihasilkan selama 15 tahun itu menurutnya, mampu mengubati mangsa AIDS dalam tempoh 3 bulan, kajian yang dijalankan itu boleh merawat 15 pesakit dalam satu-satu masa.

PENGLIBATAN DALAM JIHAD DI AFGHANISTAN

Dr Abdul Majid pernah menyertai jihad di Afghanistan menentang kuasa besar Soviet Union yang akhirnya tumpas di tangan Mujahidin. Pemergiannya ke sana adalah untuk merasa sendiri jihad sebenar menentang musuh Allah yang sering diungkapkan dalam majlis-majlis usrah anjuran Ikhwan Muslimun di Yaman.

Walau bagaimanapun penyertaan beliau dalam medan jihad telah dihidu oleh Amerika Syarikat yang menuduhnya terlibat dalam aktiviti keganasan melalui rangkaian al-Qaeda, walaupun beliau sendiri tidak ada kaitan dengan rangkaian berkenaan.

HASIL TULISAN ILMIAH

Kehidupan Dr Abdul Majid penuh dengan tuntutan amal soleh, termasuklah kejayaannya menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang menjadi rujukan dalam program usrah dan pembentangan kertas kerja seluruh dunia.

Antara hasil tulisan beliau yang sempat dikesan:
1.  Al-Bisyarah Bin Nabi s.a.w.
2.  ‘Ijaz al-Quran fi an-Nasiah.
3.  Marahilah Khalq al-Insan 'ala Dau al-Kitab wa as-Sunnah.
4.  Amwaj al-Bahr allujji.
5.  Ilmu al-Iman.
6.  Toriq al-Iman.
7.  Hahwa al-Iman.
8.  At-Tauhid.
9.  Al-Baiyinah al-Ilmiah fi al-Quran al-Karim.

Sumber Wikipedia.com