Halaman

Khamis, 24 Jun 2010

no2.Universiti Islam di Timur Tengah

Rasulullah s.a.w berpesan, “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China. Sesungguhnya menuntut ilmu hukumnya adalah wajib bagi setiap Muslim.” (Riwayat Baihaqi)


Profil ringkas beberapa universiti Islam di luar negara mulai dari Yaman, India, Mesir, Saudi, Sudan, Pakistan, hinggalah Malaysia. (sumber daripada majalah Hidayatullah edisi 2 Jun 2010 m/s 86)

Universiti Al-Ahgaff
Universiti yang didirikan tahun 1995 ini berpusat di Mukallah Hadramaut, Yaman. Falkulti Syariah merupakan fakulti yang banyak digemari oleh para mahasiswa asing yang ingin mempelajari ilmu keislaman. Namun untuk jurusan tersebut kompleksnya terletak di kota Tarim, yang dikenal sebagai daerah yang didiami banyak ulama. Website: http://www.ahgaff.edu/




Universiti Al-Iman
Ini termasuk universiti yang tergolong muda. Didirikan pada tahun 1994 oleh Prof. Dr Abdul Majid Az-Zindani, salah satu ulama terkenal di Yaman. Beberapa fakulti yang mengkaji keislaman di universiti yang terletak di San’a ini antara lain, Fakulti Iman (Usuluddin), Fakulti Syariah sera Fakulti Dakwah. Website: http://www.jameataleman.org/



Universiti San’a
Universiti Yaman yang juga memiliki fakulti keislaman adalah Universiti Shan’a. Di universiti yang didirikan tahun 1971 ini, tersedia fakulti Syariah wa Al-Qanun. Website: http://www.suye.ac/






Universiti Umm Al-Qura
Universiti yang berdirinya diawali dengan pembentukan fakulti syariah pada tahun 1369 H ini menjadi salah satu tujuan para pencari ilmu, yang hendak belajar di Tanah Haramain. Fakulti keislaman yang tersedia adalah Fakulti Syariah dan Dirasat Islamiyah, Fakulti Tarbiyah, Fakulti Dakwah dan Usuluddin serta Fakulti Lughah Al-Arabiyah. Website: http://www.uqu.edu.sa/
Universiti Islam Madinah
Saat ini, Universiti Islam Madinah hanya mengkaji ilmu-ilmu keislaman. Para pelajar bisa memilih beberapa fakulti, antara lain Fakulti Syariah, Fakulti Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Al-Quran, Fakulti Hadits serta Fakulti Bahasa Arab. Website: http://www.iu.edu.sa/




Universiti Ulum Deoband
Darul Ulum Deoband merupakan universiti Islam tertua di India, yang didirikan pada 1867. Masa belajar yang ditempuh di universiti ini berbeza dengan kebanyakan universiti lainnya. Untuk kelas yang menggunakan bahasa arab sebagai pengantar diperluka 8 tahun untuk menyelesaikannya, dan tidak ada penjurusan. Namun, begitu lulus dari tingkatan ini, pelajar sudah mengkhatamkan Kutub As-Sittah plus Al-Muwatha’ Imam Malik. Untuk materi fikih, kebanyakan yang dipelajari adalah Mazhab Hanafi. Website: http://www.darululoomdeoband.com/



Nadwah Ulama Lucknow
Nadwah Ulama hampir mirip dengan Darul Ulum, tidak ada penjurusan. Namun untuk pengajaran setingkat S1, ditempuh 4 tahun. Penjurusan dimulai ketika mahasiswa menempuh tingkatan pasca sarjana. Pengajaran di Nadwah Ulama juga dikenali memberi porsi (bahagian) yang banyak terhadap kajian Hadits. Website:  http://www.nadwatululama.org/


Universiti Islam Milia
Fakulti Studi Islam juga bisa ditemui di Universiti Islam Milia, India. Universiti ini merupakan salah satu tempat yang dituju para pelajar Indonesia untuk menuntut ilmu. Webtsite: http://www.jmi.ac.in/







Universiti Al-Azhar Mesir
Nama Universiti Al-Azhar Mesir sudah tidak asing lagi di telinga umat Islam. Di Mesir, Al-Azhar tersebar di beberapa propinsi (daerah): Kairo, Damanhur, Thantha, Zaqaziq dan lainnya. Fakulti keislaman yang tersedia di universiti Islam tertua ini meliputi Fakulti Syariah, Usuluddin, Lughah Al-Arabiya, Dakwah serta Dirasat Islamiyah. Website: http://www.azhar.edu.eg/



Universiti Al-Nilain
Sudan juga merupakan salah satu negara tujuan untuk menuntut ilmu. Fakulti Dirasat Islamiyah di Universiti Al-Nilain juga diminati para pelajar Indonesia yang ingin menuntut ilmu di negeri yang terkenal dengan suhu udaranya yang cukup tinggi itu.
Website:http://www.collages.neelain.edu.sd/
Universiti Umm Durman
Selain Universiti Al-Nilain, di Sudan juga terdapat Universiti Umm Durman. Bahkan di universiti ini, jumlah fakulti keislaman lebih banyak. Selain Fakulti Usuluddin dan Fakulti Syariah Fakulti Lughah Al-Arabiya juga tersedia. Website: http://www.oiu-sd.com/

Universiti Islam International Islamabad
Pakistan memiliki sebuah universiti Islam bertaraf international yakni Universiti Islam International yang terletak di Islamabad. Di universiti yang berdiri tahun 1980 ini, tersedia beberapa fakulti ilmu-ilmu keislaman, anatara lain Fakulti Ushuluddin, Fakulti Syariah serta Fakulti Lughah Al-Arabiyah. Website: http://www.iiu.edu.pk/






Universiti Islam International Malaysia
Selain Pakistan, Malaysia juga memiliki unversiti Islam bertaraf international, yakni Universiti Islam International Malaysia. Program pendidikan yang tersedia meliputi Program Fikih dan Ushul Fikih, Program Studi Al-Quran dan As Sunnah, Program Ushuluddin dan Perbandingan Agama serta Program Bahasa Arab. Website: http://www.iiu.edu.my/
_________________________________________________________________________________
Di slot ini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak info mengenai beberapa universiti timur tengah mengikut seperti yang terpapar di dalam majalah Hidayatullah.