Halaman

Isnin, 9 Ogos 2010

no3.أهلا و سهلا يا رمضان مبارك و يا ليلة القدر





















Pesta
JOM IBADAH
SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1431 H
kempen KURANGKAN JUADAH, PELIHARA LIDAH dan BANYAKKAN IBADAH

Acara Menarik !!!

  • Puasa siang hari               Tarikh   :  1 - 30 Ramadhan 1431 H

  • Bersahur                                             11/ 8 - 9/ 9 2010 M

  • Solat Tarawih                    Masa     :  24 Jam (tanpa had)

  • Zakat Fitrah                      Tempat : Seluruh Pelusuk Dunia

  • Zikrullah dan doa

  • Majlis Tazkirah

  • Berbuka puasa

  • Sedekah jariah

  • I'tikaf di Masjid

  • Qiamullail 

  • Tadarus al-Quran

  • Umrah Ramadhan

  • dan macam-macam ada ...!!!                            
KUNJUNGILAH MASJID DAN SURAU YANG BERDEKATAN DI TEMPAT ANDA ...


hadiah dan bonus hebat
menanti anda untuk di menangi ...

  • Keredhaan Allah

  • Keampunan Allah

  • Balasan syurga

  • Bonus 1000 bulan

  • Tingkatkan taqwa

  • Potongan 100%

  • Syaitan di belenggu

  • Sihat tubuh badan

  • Rezeki mencurah

  • Doa di makbulkan

  • Malam Lailatul Qodar

  • dan banyak lagi !!!!!


Syarat-syarat Penyertaan

  1. Warganegara Muslim 

  2. Mukmin sejati

  3. Ikhlas dan jujur

  4. Baligh dan berakal

  5. Ikut peraturan

  6. Solat fardhu tidak cuai


REBUTLAH TAWARAN PALING LUMAYAN DARIPADA ALLAH SELAGI STOK UMUR MASIH ADA !!!
Untuk Keterangan Lanjut Sila Rujuk AL-QURAN, HADITS Dan PARA 'ALIM 'ULAMA' Berhampiran anda >>> 

TAWARAN SAH MULAI 11/8 - 9/9 2010 M
BERSAMAAN 1 - 30 Ramadhan 1431 H

Selamat Berpuasa Dan Menghayati Ramadhan Al-Mubarak







~ update 26 Ogos 2010 ~
Syeikh Al-Imam Ahmad Rejab Al-Fayumy hafizahuLlah daripada Negara Mesir sedang bertaranum selepas selesai mengimami solat tarawih. Beliau seorang Qari Hafiz Quran dan pakar dalam bidang taranum 7 qiraat. Hayatilah alunannya...

Beliau telah dijemput menjadi imam terawih 3 kali berturut2 di khemah gergasi Qaryah Ramadhan di bumi 'Serambi Mekah' dan tahun ini kali yang ke-3 beliau menjadi imam. Satu petikan kata2 beliau ketika berada di penghujung bulan Ramadhan tahun lepas "ana tertarik dan sukakan Kelantan kerana suasananya aman, layanan masyarakatnya mesra dan sopan santun, bumi yang dipimpin oleh 'alim 'ulama, wanita2 muslimah menutup 'aurat dan ana merasa berat untuk meninggalkan bumi serambi Mekah ini". Semoga Allah berkati dan merahmati perjuangan dan hidup beliau sebagai seorang hafiz Quran.