Sebutan istilah seperti golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Syi'ah, Mu'tazilah, Khawarij, Qadariah, Jabariah dan lain2 lagi telah lama disebut orang terutama oleh umat Islam dan juga telah tercatat di dalam banyak kitab2,buku, artikel, majalah dan lain2 lagi. Golongan2 tersebut merupakan firqah atau puak2 umat Islam yang telah lama lahir, lahir sejak akhir zaman Khalifah Ar-Rasyidin lagi, kemudian terus berkembang sehingga sesetengahnya masih ada sampai ke hari ini. Di antara banyak2 puak dan golongan tersebut puak Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah masih mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia Islam sampai sekarang. Kita umat Islam dari golongan Ahli Sunnah di Malaysia khasnya, masih ramai yang tidak mengetahui siapakah sebenarnya golongan Syiah dan bagaimana aqidah dan pegangan mereka... Semoga penjelasan serba ringkas dan usaha yang sedikit ini,
Syi'ah, Mu'tazilah, Khawarij, Qadariah, Jabariah dan lain2 lagi telah lama disebut orang terutama oleh umat Islam dan juga telah tercatat di dalam banyak kitab2,buku, artikel, majalah dan lain2 lagi. Golongan2 tersebut merupakan firqah atau puak2 umat Islam yang telah lama lahir, lahir sejak akhir zaman Khalifah Ar-Rasyidin lagi, kemudian terus berkembang sehingga sesetengahnya masih ada sampai ke hari ini. Di antara banyak2 puak dan golongan tersebut puak Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah masih mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia Islam sampai sekarang. Kita umat Islam dari golongan Ahli Sunnah di Malaysia khasnya, masih ramai yang tidak mengetahui siapakah sebenarnya golongan Syiah dan bagaimana aqidah dan pegangan mereka... Semoga penjelasan serba ringkas dan usaha yang sedikit ini,
antum (kamu) semua dapat mengetahui dan berfikir adakah
BENAR atau SALAH ajaran mereka.
( Azan Syiah )
Ana kemukakan pendapat beberapa orang tokoh Islam masyhur bersama buku karangan mereka yang ana miliki;
Abul Hasan 'Ali An-Nadwy menulis dalam bukunya 'Islam Pada awal Abad Dan Kelahiran Syiah' mengatakan; mereka (syiah) mempercayai al-Quran sekarang telah diubah, ditokok tambah dan dikurangkan isinya. Kemuncak keimanan mereka ialah kepercayaan kepada Imam Ghaib terhadap imam dua belas.
( Imam 12 )
Ust. Dr Zakaria Mahmud bin Daud (KIAS) menulis dalam kertas kerjanya dalam satu seminar SYIAH mengatakan; aqidah mereka (Syiah) berbeza dengan aqidah kita (Ahlus Sunnah Wal Jama'ah) iaitu
1-melakukan TAQIYYAH iaitu berpura2.
2-mempercayai kedudukan imam2 syiah lebih tinggi daripada kedudukan para Rasul dan malaikat.
3-mencaci para sahabat iaitu Abu Bakr, 'Umar dan 'Usman.
4-menganggap golongan kita ahlus sunnah adalah kafir lagi najis.
5 -mengharuskan nikah MUT'AH iaitu kahwin kontrak.
Pesanan beliau ''kita umat Islam golongan ahli sunnah wal jama'ah perlu sedar bahaya Syiah dan tentang penyelewangan ajarannya, cukuplah kita berpegang dengan ajaran ahli sunnah yang kita warisi dan pegangilah aqidah itu dengan kuat''.
Maulana 'Asri Yusuf menulis dalam bukunya 'Syiah Rafidhah' mengatakan; Rafidhah adalah satu golongan Syiah melampau yang berfahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci antaranya;
1-al-Quran telah ditokok tambah dan diseleweng.
2-Sahabat2 Rasulullah s.a.w telah murtad setelah Baginda wafat.
3-RAJ'AH iaitu kepercayaan bahawa Imam2 akan dihidupkan semula sebelum kiamat untuk menghukum orang2 yang telah merampas hak2 mereka termasuk Sayyidina Abu Bakar, Úmar, 'Uthman, 'Aisyah, Mu'awiyah dan sahabat2 lain.
4- IMAMAH atau WALAYAH iaitu kepercayaan bahawa Imam2 dilantik untuk ditentukan oleh Allah s.w.t.. Imamah adalah salah satu Rukun Iman,sesiapa yang tidak percaya kepada rukun ini ia tidak termasuk ke dalam golongan orang2 mukmin.
5-ISMAH iaitu kepercayaan bahawa semua Imam adalah Ma'sum (terpelihara daripada dosa2 sama ada besar atau kecil).
6-GHAIBAH iaitu kepercayaan tentang adanya Imam yang hilang dan akan kembali ke dunia setelah dunia ini dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan dengan membawa keadilan pemerintahannya.
7- TAQIYYAH iaitu kepercayaan menyembunyikan fahaman yang sebenar dan melahirkan yang lain daripada apa yang ada di dalam hati. Taqiyyah juga merupakan salah satu ciri keimanan bagi orang2 Syiah.
8-MUT'AH (kahwin kontrak) iaitu kepercayaan bahawa perkahwinan tidak memerlukan kepada saksi, wali dan pengisytiharan.
9-AL-BARAA'AH iaitu kepercayaan berlepas diri dan memutuskan hubungan kasih sayang dengan Sayyidina Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan menghina ketiga2 nya.
8-MUT'AH (kahwin kontrak) iaitu kepercayaan bahawa perkahwinan tidak memerlukan kepada saksi, wali dan pengisytiharan.
9-AL-BARAA'AH iaitu kepercayaan berlepas diri dan memutuskan hubungan kasih sayang dengan Sayyidina Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan menghina ketiga2 nya.
( Syiah doakan keburukan untuk 3 Khalifah )
P/s; Cara paling mudah dan senang untuk mengetahui penganut Syiah di Malaysia ialah mereka akan menepuk lutut 3kali setelah selesai solat.
1-Yahudilah yaang membentuk satu kelompok dengan nama Islam di bawah pimpinan 'Abdullah bin Saba, yang berpura2 masuk Islam tetapi hatinya batinnya penuh dengan kekafiran.
2-Melemparkan desas desus fitnah antara kaum muslimin, menentang khalifah yang ke-3 'Uthman bin 'Affan r.a.
3-Menanamkan kedengkian dan demdam di hati manusia terhadap Abu Bakar, Umar, Uthman dan para sahabat yang sepuluh.
4- Mereka mengkafirkan seluruh sahabat Rasulullah kecuali hanya beberapa orang.
6-Syiah juga menyebarkan AL-BADA' iaitu bahawa Allah terlupa dan tersalah dan lain2 yang semuanya merupakan khurafat dan kepalsuan belaka.
( Yasir al-Habib kafirkan 2 sahabat Nabi )
Minit ke 0:50 melaknat Abu Bakr, 4:11 melaknat 'Umar
( Kenyataan Syeikh Yusuf Qaradhawy )
( Kenyataaan bekas mufti, Dr 'Asri )
( Imam Syiah )
( Inilah Syiah )
( Lagi video Dr 'Asri )
- Ensiklopedia Agama, Mazhab2 Moden (seminar pemuda Islam Antara Bangsa Riyadh) menulis beberapa kepercayaan Syiah;
1- ISMAH iaitu setiap imam 12 itu terpelihara daripada salah dan lalai untuk melakukan dosa.
2-TAQIYYAH iaitu menyembunyikan kepercayaan, siapa yang meninggalkannya (tidak buat) dianggap seperti meninggalkan solat kerana ianya wajib.
3-MUT'AH iaitu mereka (syiah) menilai bahawa mut'ah wanita adalah sebaik2 adat dan seutama2nya kerabat.
4-Mereka meyakini wujudnya Al-Quran bernama al-Quran Fatimah, didalamnya seperti al- Quran kamu tiga kali lebih besar, demi Allah tidak ada padanya satu huruf pun berbeza seperti dengan al-Quran kamu.
5-Mereka mengadakan hari raya penghibur, ratapan dan hari berkabung dengan membuat gambar, memukul dada dll. Perbuatan itu dilakukan pada tanggal 10 Muharram, mereka meyakini melakukan perbuatan itu dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat menghapuskan dosa2 nya.
( Hari memukul dada pada 10 Muharram )
6-Pemikiran Syi'ah bersumber daripada Budha yang membawa ciri2 agama pagan Aswar dan Babilon.
7- Ucapan mereka kepada 'Ali bin Abi Talib dan imam2 ahli Bait serupa dengan ucapan2 Kristian kepada Nabi Isa a.s.. Syi'ah juga serupa dengan Kristian pada kebanyakkan perayaan.
( Persamaan Syiah dan Yahudi )
Dato Ustaz Harun Taib -membongkar rahsia Syiah.
( Part 1 )
( Part 2 )
( Part 3 )
( Syiaa Are Not Muslims! )
( JAIS serbu Markas Syiah Gombak 17 disember 2010 )
( Syiah di Iran & Syiah di Malaysia - Dr. Asri )
P/s; Ini adalah salah 1 contoh golongan yang berpegang dengan aqidah yang menyeleweng lagi melampau [BATIL], ALHAMDULILLAH! jika antum (kamu) semua sudah tahu dan setuju dengan kenyataan di atas ini kerana ramai umat Islam tertipu dengan dakyah dan tipu helah golongan aqidah Syiah melampau ini, tapi SUBHANALLAH!(Maha Suci Allah) jika antum tidak setuju atau ragu2 dengan kenyataan yang ana petik daripada beberapa orang masyhur di atas ini, sila banyakkan membaca buku mengenai Syiah, artikel2 dan video di internet. Hendaklah kita memelihara agama dan aqidah kita dan saudara kita daripada terjebak dan menganuti aqidah menyeleweng berdasarkan firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 110 yang bermaksud, "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah".
Maklumat lebih terperinci;
islam.gov.my/ajaransesat/pdf/Jawab%20Syiah.pdf.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/Jawab%20Syiah.pdf.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/Jawab%20Syiah.pdf
syiahmalaysia.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SYIAH
MAZHAB ATAS NOSTALGIA SEJARAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jumaat, 24 Disember 2010
Syiah ialah satu mazhab yang hidup atas 'nostalgia' lampau. Muharram adalah salah satu musim golongan Syiah menzahirkan tangisan mereka terhadap sejarah. Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu 14 kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu. Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran 'kemarahan warisan'.
Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok dalam Islam. Ia hanya bermula dari sebuah aliran politik atau dalam istilah 'politik kepartian' lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dibuang lagi. Isu-isu yang berkaitan dengan polisi pentadbiran pada zaman Saidina Uthman, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk membina aliran politik pada zaman tersebut. Hari demi hari, dalam usaha mengukuhkan 'parti' dan menambah pengikut maka pelbagai nas-nas mula diberikan tafsiran yang mempunyai kepentingan politik, bahkan diwujudkan nas-nas baru bersifat politik yang sengaja diada-adakan.
EMOSI
Ertinya, krisisi politik dalam kalangan umat Islam selepas kewafatan Nabi SAW telah diwarisi secara emosi dan kekeliruan. Emosi di sini bermaksud isu-isu itu dilihat hanya pada sudut kehendak aliran politik tertentu, atau sentiment tertentu tanpa cuba merongkaikannya atau memahaminya secara holistik. Isu khalifah atau kepimpinan yang cuba dijadikan warisan keluarga Nabi SAW (Ahlul Bait) jika diterima akan menafikan sifat Islam sebagai agama yang tidak berteraskan nepotism atau kepentingan keluarga. Kelayakan manusia dalam kepimpinan menurut nas-nas Islam yang dipegang dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah berasaskan kemampuan (al-quwwah) dan amanah (al-amanah). Sistem warisan dalam kepimpinan seperti yang dipegang oleh Syiah akan mengujudkan kasta aristokrat atau bangsawan yang akhirnya mereka dianggap infallible (maksum) yang tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana kelayakan kepimpinan itu bukan kerana penguasaan mereka terhadap konsep kepimpinan sebaliknya secara warisan yang akhirnya mereka bagaikan wakil Tuhan yang menerima wahyu. Lalu mereka sentiasa dianggap benar dalam segala tindakan. Maka dengan itu akan terbengkalailah roh syura dalam pemilihan kepimpinan.
KEKELIRUAN
Adapun, di sudut kekeliruan warisan ia membabitkan kepercayaan pengikut Syiah terhadap apa yang diwarisi dari fakta sejarah. Peristiwa-peristiwa sejarah lampau telah diwarisi turun temurun secara yakin tanpa mereka menyemak ketepatan fakta-fakta tersebut, atau ia sebenarnya hanya desas-desus politik atau tokok-tambah riwayat atas kepentingan politik. Berasaskan apa yang mereka baca atau warisi mengenai cerita-cerita buruk para sahabat Nabi SAW, khususnya Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah, 'Amr bin Al-'As atau selain itu, mereka telan bulat-bulat bersama kebencian dan kemarahan 'politik warisan'. Mereka tidak sempat lagi bertanya sejauh manakah kebenaran fakta tersebut, kerana berita buruk itu adalah 'musuh politik' mereka. Demikian seperti yang kita lihat musuh-musuh politik apabila bertarung antara satu sama lain. Kisah buruk musuh semua ditelan bulat-bulat dan disebarkan seluas-luasnya.
Hal ini bermula sejak penghujung pemerintahan Uthman bin Affan. Fitnah bermula. Dia dituduh menyalahgunakan kuasa, menjaga kepentingan keluarga dan pelbagai lagi. Walaupun sejarah mencatatkan Saidina Uthman telah menjawab semua isu tersebut dengan hebat dan mantap, tetapi jawapan-jawapan itu tidak pernah sampai kepada mereka, kerana mereka enggan membaca atau mengetahui kebenaran musuh politik mereka. Sebenarnya, Saidina Uthman telah cuba membendung gerakan fitnah yang dilancarkan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba - suatu watak yang diakui kewujudannya oleh sumber Syiah dan Sunni. Dialah yang mencadangkan kempen menjatuhkan Uthman. Dia campuri isu-isu politiknya dengan pelbagai tafsiran agama, termasuklah kononnya Ali bin Abi Talib ialah warisan Nabi SAW dalam kepimpinan politik. Rakyat terpinga-pinga. Mereka tiada pengalaman politik seperti itu. Khalifah Uthman yang warak itu menulis surat rakyat: "Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amru bil Ma'ruf dan al-Nahy 'anil Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka hak mereka. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan diberikan kepada rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca secara sembunyi, atau sesiapa sahaja yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). "Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)". Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata : "Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan" (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/342. Beirut: Rawa'i al-Turath al-'Arabi).
Namun oleh kerana reka cerita itu atas kepentingan politik, maka fitnah terus disebarkan. Para sahabat Nabi SAW tidak terpengaruh degan fitnah itu, tetapi ia mempengaruhi mereka yang bukan sahabat yang hidup di zaman tersebut. Sehingga para pemberontak datang ke Madinah, berdialog dengan Uthman sendiri. Segala fitnah telah 'Uthman jawab dengan kemas. Mereka terbungkam. Para sahabat yang menyaksikan mengakui hujah-hujah Uthman. Antaranya Uthman berkata : "Ketahuilah aku dilantik menjadi khalifah, aku adalah orang Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing. Namun sekarang tidak ada bagiku melainkan dua ekor unta yang aku gunakan untuk menunaikan haji... mereka mengatakan bahawa aku sayangkan kaum keluargaku dan memberikan mereka harta. Sebenarnya, perasaan sayangku kepada kaum keluargaku tidak menyebabkan aku bertindak kepada mereka adalah daripada hartaku sendiri. Aku tidak pernah menghalalkan harta benda orang Islam untuk diriku, tidak juga untuk sesiapa. Demi Allah ! Aku tidak pernah mengambil sedikit pun harta atau cukai dari mana-mana wilayah.." (Al-Tabari, Tarikh Al-Tabari, 4/348). Apa yang pasti tulisan Syiah tidak akan memetik hal ini. Kerna, ini bukan apa yang mereka mahu.
RIWAYAT SEJARAH
Namun, disebabkan fitnah berterusan, khalifah Uthman dibunuh. Selepas pembunuhan Uthman, dunia Islam terus tidak tenteram. Fitnah makin banyak. Pelbagai cerita ditokok tambah. Dari cerita politik Saidina Uthman sehingga berlarutan isu Perang Jamal, Siffin, pembunuhan Saidina Hussain dan pelbagai lagi.
Buku-buku sejarah mencatatkan pelbagai perkara yang bercampur aduk antara satu sama lain. Cerita-cerita bercanggahan antara satu sama lain. Ada riwayat pro-syiah dan ada yang pro-sunni. Kesemuanya bergantung kepada perawi (narrator). Jika dia fanatik Syiah seperti Abu Mikhnaf dan Hisyam bin Saib al-Kalbi maka buruk Uthman, Muawiyah dan lain-lain. Kita al-Umam wal Muluk atau dikenali dengan Tarikh al-Tabari yang menjadi pegangan sejarah Sunnah dan Syiah itu meriwayat pelbagai riwayat yang bercanggahan antara satu sama lain. Ini kerana, al-Imam al-tabari (w.310) mencatatkan apa sahaja yang sampai kepadanya ; tanpa mengambil kira sama ada sahih ataupun palsu. Ini kerana beliau membiarkan agar para pembacanya menilai berdasarkan sanad-sanad yang dikemukakan dan membuat pembandingan sendiri.
Ini disebut sendiri oleh al-Tabari dalam mukadimahnya : "Apa yang terkandung dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelek. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku". (Al-Tabari, Tarikh Al-Tabari, 1/8).
Kita semua tidak menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku. Demikian juga al-Tabari. Hanya catatan dalam pelbagai rupa yang ada. Membaca sejarah Islam memerlukan pengetahun tentang disiplinnya. Maka kita hendaklah mematuhi arahan al-Quran: (maksudnya ) :
"Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu". ( Surah al-Hujarat: 6 ).
Justeru Ahlus Sunnah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah ini dengan Syiah. Kata al-Imam Ibn Taimiyyah (w.728): "Ahlus Sunnah wal Jamaah berlepas diri daripada sikap golongan al-Rafidah (syiah) yang membenci dan mencerca para sahabat. Mereka juga berlepas diri daripada sikap golongan al-Nasibah yang menyakiti Ahlul Bayt dengan perkataan dan perbuatan mereka. Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengambil sikap mendiamkan diri tentang pertelingkahan yang berlaku antara para sahabat. Mereka mengatakan bahawa kisah-kisah yang diriwayatkan tentang keburukan para sahabat, antaranya adalah dusta atau ia sengaja ditokok tambah atau dikurangkan atau diubah dari ceritanya yang asal". (Ibn Taymiyyah, Al-'Aqidah al-Wasattiyyah, hlm. 201).
Atas kedukaan sejarah yang ditokok-tambah itu, atau direka berdasarkan keperluan politik itu, dibina pula berbagai doktrin dan dogma agama yang lain sehingga Syiah akhirnya lahir menjadi satu mazhab yang besar yang akan mewarisi dendam sejarah dari zaman ke zaman. Saya pernah menulis sebuah buku berjudul Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah. Persoalan ini telah saya jelaskan dengan lebih terperinci.
Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak berkesudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan. Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka mahir berpolitik.
Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal.
Sumber: SINAR HARIAN Jumaat 24 Disember 2010> www.sinarharian.com.my/rencana