1. Furqon, nama sebuah kumpulan da'wah kecil no. '6' dalam program LAMEGA'10 yang dirakamkan dalam gambar bertarikh '6' jun dan mempunyai blog da'wah pada '6' ogos 2010.
2. Furqon, nama anak Perdana Menteri Turki yang menyertai 'Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza', beliau salah seorang mangsa yang amat dikehendaki Yahudi dan telah dibunuh dalam kapal Mavi Marmara yang diserang Israel 31 mei lalu, dibunuh dengan ditembak lebih 20 kali, disepak dipijak dan dilenyek oleh komando2 dan doktor2 Israel yang berotak Yahudi Zionis pekat tanpa ada sifat kemanusiaan sedikit pun dihati mereka. (Dipetik daripada ucapan Noor Azman, ketua misi Lifeline for Gaza Malaysia LL4G)
3. Faruq, gelaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina 'Umar bin al-Kattab kerana kehebatan dan keberaniannya menegakkan Islam. (Faruq pecahan drpd furqon dalam 'ilmu sorof).
4. فرقان, sahabat 'Abdullah bin 'Abbas, Imam Mujahid, 'Ikrimah, Dahhak, Qatadah dan Muqatil ibn Hayyan menafsirkan kalimat 'فرقان' sebagai 'Jalan Keluar', setengah riwayat menafsirkan ia sebagai 'Kemenangan dan pertolongan (drpd Allah). Ibnu Kathir merumuskan pandangan2 ini dengan berkata, "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, akan diberikan 'Petunjuk' sehingga dia mengenali hak dan batil. (Dipetik daripada buku Dr Danial Zainal Abidin bertajuk 7 Formula Individu Cemerlang)
5. Furqon, nama salah seorang pelakon dalam filem Islamik terbaik Indonesia 'Ketika Cinta Bertasbih" -Andi Arsyil Rahman Putra.
6. فرقان, salah satu nama al-Quran dan Surah yang bererti pembeza kerana isi kandungannya mem bezakan di antara yang Haq dan yang Batil, di antara hidayat dengan kesesatan. Di dalamnya juga terdapat ayat2 yang membezakan kebenaran keesaan Allah s.w.t. dengan kebatilan kepercayaan syirik (Dipetik drpd kitab Tafsir Fi Zilal Quran). Perkataan فرقان banyak dirakamkan oleh Allah s.w.t dalam kitab-Nya al-Quranul Karim.
8. Surah al-Furqon, digunakan sebagai bahan program 'Tadarus Quran' di seluruh jajahan Kelantan pada Ramadhan 1431 H siri 18.(Dipetik daripada risalah buletin Darulnaim Bil 96)
Mendapat Ilham, 2 Perkara Utama dan Tempoh Hayat Blog F;
Saya mendapat ilham buat blog ini daripada tema kumpulan Furqon 'Pembeza Haq dan Batil' ketika sesi bergambar perpisahan, dari situlah terdetik dalam hati ini ingin berkongsi 2 perkara mengenai Haq dan Batil kepada semua bekas ahli Furqon lamega'10 termasuk ketiga2 fesi kumpulan Furqon melalui blog F. Terlebih dahulu saya gunakan kaedah FIQH DA'WAH iaitu kenal mengenali, mengetahui keadaan perjalanan hidup semua ahli sebelum saya kongsi 2 perkara utama pada masa/waktu yang sesuai.
Ana mohon maaf jika blog Furqon tidak berapa kemas atau warna tak menarik, dan maaf kalau agak lama dan lambat update kerana ana target selepas habis trial STAM dan urusan kemasukan ke Universiti kerana sesetengah dikalangan kita ada yang sedang trial STAM, masuk Universiti dan sebagainya.
Niat hati pada asalnya mahu jadikan blog F sebagai blog kumpulan, maksudnya ahli F boleh tulis dalam blog ini, setelah jumpa cara settingnya, MEMANG ADA tapi agak susah dan mungkin akan menyusahkan antum (kamu) semua kerana blog pada asalnya adalah untuk penulisan persendirian sahaja. Saya target 2 BULAN sahaja untuk saya update/terbitkan beberapa slot kemudian itu mungkin ana padam blog ini atau mungkin dibiarkan sahaja tanpa update, bukan bermaksud saya patah semangat untuk berda'wah tapi ada sebab2 tertentu. Dalam tempoh sedikit itu saya akan kongsi 2 perkara utama, 1 golongan diantara golongan2 yang 'HAQ'(benar) dan 1 golongan diantara golongan2 yang 'BATIL'(salah), kedua2 ini akan menyusul terbit satu persatu selepas daripada info2 IPTA.
Terima kasih kepada penasihat1 blog F -abang Halim kerana banyak membantu saya buat blog ini, (sebenarnya saya baru belajar pasal blog). Terima kasih juga atas kerjasama ahli2 F yang sudi berkongsi biodata ke dalam blog ini, dan kepada ahli yang tidak berkongsi biodata, saya harap kamu semua sudi lihat apa yang saya ingin kongsi dengan kamu semua dalam tempoh 2 BULAN ini. Saya sangat mengharapkan teguran membina daripada kamu semua jika pengisian blog ini ada kesalahan, kurang tepat, kenyataan tidak benar dan sebagainya dengan kata lain saya sedia menerima teguran.
Pengisian blog ini telah disusun dengan cara ana kemukakan slot organisasi F dan info2 universiti (sudah terbit) sebagai pendahuluan, 2 perkara utama (akan terbit) sebagai pengisian sebenar blog Furqon dan 2 slot akhir (akan terbit) sebagai penutup. InsyaAllah setiap 1minggu/ 2minggu mulai 31 ogos akan terbit 1slot hingga cukup 2 BULAN, nantikan terbitannya... :-)