Halaman

Jumaat, 17 Disember 2010

no8. Mengapa Yahudi Bijak?



Kenapa Yahudi Bijak? Kita Perlu Menyaingi Mereka!

Artikel ini dialih bahasa dari penulisan Dr. Stephen Carr Leon. Beliau
membuat sebuah tesis bertajuk Mengapa Yahudi Bijak’. Kenyataan ini
bukan untuk mengakui kebijaksanaan Yahudi tetapi untuk
menggambarkan bagaimana dengan rancangan mereka kita semua
boleh telah terpedaya dengan aturan mereka. Ikuti penulisan Dr.
Stephen Carr Leon di bawah dan ketahui bagaimana Yahudi membina
dan membangunkan kaum mereka.
*********************************************************

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship
dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat
saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,
dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat
ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir
70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik,
pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan
sebagainya.



Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya
menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah
sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan
kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia
sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka
saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan
untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk
pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir
lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat
mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat
resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya
dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum
kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali
saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain
piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh
hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku
metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak
dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang
metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya
kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini
untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih
otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara
ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma
bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan
ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan
berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik
untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang
tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan
otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang
orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam
kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil
minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang
Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka..
Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali
memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada
bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan
ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu
kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu
sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda
diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.
Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti)
dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa
ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan
menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah
mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan
nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan
melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa
generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg
dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para
perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok
terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan
anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan
bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code
oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan
rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris
dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini
adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami
nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu
bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran
musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu
terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari
kaum Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar
matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan
anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya
katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah
di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga
menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah
memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah
dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara
disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di
sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan
mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala
kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa
ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya
akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat
keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan,
dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat
milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½
perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya
dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka?
Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka,
menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan
oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga
ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini
guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat
orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan
ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya
sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).
Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu
mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi
sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi
pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka
menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola,
DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada
beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di
New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan
disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan
klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya
tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan
doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan
masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang
ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg
mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat
Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran – admin).
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan
berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik
sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan
violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka.
Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti
memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok)
dan sudah tentu genes bodoh akan
mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada
tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak
tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk
makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan
menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara
pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan
Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf
dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau
sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi
goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat
saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan
segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa
banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat
dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa
selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali
menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?
Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau
bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman
Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin
saya ketengahkan ialah
mampukah kita dapat melahirkan generasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil
dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik
anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat
saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak
saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9
tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat
penuh. Eseinya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato!'
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak
dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal
batasan bangsa.


Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer,
Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya,
Selangor.
*********************************************************

THE ARRIVALS VIDEO

Video bersiri 'The Arrivals' mempunyai 51 part/ klip pada asalnya, ia telah ditapis, disaring dan disusun mengikut kesesuaian terlebih dahulu sebelum dipaparkan dalam blog Dakwah Furqon ini.
Video ini merupakan hasil pengembaraan oleh dua insan, mereka ingin berkongsi hasil kajian dan penyelidikan mereka berbentuk sebuah dokumentari dan menegaskan "ia tidak mesti dianggap benar sepenuhnya tetapi ia patut dianggap sebagai satu pembentangan yang dikaji seterusnya disiasat oleh kamu".

(V.0)
 

(V.1  Kata Pembuka dari Penerbit)


(V.2)


(V.3)


 (V.4)


(V.5)


(V.6)

(V.7)


(V.8)
 

(V.9)

 (V.10)

(V.11)


(V.12)


(V.13)


(V.14)


(V.15)


(V.16)

(V.17)


(V.18)


(V.19)


(V.20 Penutup Kata dari Penerbit)

DIINGATKAN !, dalam video ini (V.20) pada minit ke 5:03 diselitkan unsur2
Syiah Iran yang mana mereka ingin menunjukkan (kononnya) bahwa mereka adalah
pembela umat Islam diakhir zaman

(V.1 Kesimpulan Sejarah Tamadun Manusia)


(V.2)


Sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan fakta yang
dipaparkan di atas, blog Furqon mengalu-alukan daripada mana-mana pihak
yang lebih arif untuk mensohihkan dan memperbetulkannya. Ini tidak lain hanyalah mahu
memberikan kebaikan kepada manusia khususnya kepada umat Islam. 
Semoga kita dapat mengambil apa yang jernih
dan buang keruh.

Jumaat, 1 Oktober 2010

no7.Golongan Melampau Yang Mesti Anda Tahu! (1 contoh golongan Batil)

Sebutan istilah seperti golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Syi'ah, Mu'tazilah, Khawarij, Qadariah, Jabariah dan lain2 lagi telah lama disebut orang terutama oleh umat Islam dan juga telah tercatat di dalam banyak kitab2,buku,  artikel, majalah dan lain2 lagi. Golongan2 tersebut merupakan firqah atau puak2 umat Islam yang telah lama lahir, lahir sejak akhir zaman Khalifah Ar-Rasyidin lagi, kemudian terus berkembang sehingga sesetengahnya masih ada sampai ke hari ini. Di antara banyak2 puak dan golongan tersebut puak Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah masih mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia Islam sampai sekarang. Kita umat Islam dari golongan Ahli Sunnah di Malaysia khasnya, masih ramai yang  tidak mengetahui siapakah sebenarnya golongan Syiah dan bagaimana aqidah dan pegangan mereka... Semoga penjelasan serba ringkas dan usaha yang sedikit ini,
antum (kamu) semua dapat mengetahui dan berfikir adakah
BENAR atau SALAH ajaran mereka.

( Azan Syiah )

Ana kemukakan pendapat beberapa orang tokoh Islam masyhur bersama buku karangan mereka yang ana miliki;

Abul Hasan 'Ali An-Nadwy menulis dalam bukunya 'Islam Pada awal Abad Dan Kelahiran Syiah' mengatakan; mereka (syiah) mempercayai al-Quran sekarang telah diubah, ditokok tambah dan dikurangkan isinya. Kemuncak keimanan mereka ialah kepercayaan kepada Imam Ghaib terhadap imam dua belas.



( Imam 12 ) 


Ust. Dr Zakaria Mahmud bin Daud (KIAS) menulis dalam kertas kerjanya dalam satu seminar SYIAH mengatakan; aqidah mereka (Syiah) berbeza dengan aqidah kita (Ahlus Sunnah Wal Jama'ah) iaitu
1-melakukan TAQIYYAH iaitu berpura2.
2-mempercayai kedudukan imam2 syiah lebih tinggi daripada kedudukan para Rasul dan malaikat.
3-mencaci para sahabat iaitu Abu Bakr, 'Umar dan 'Usman.
4-menganggap golongan kita ahlus sunnah adalah kafir lagi najis.
5 -mengharuskan nikah MUT'AH iaitu kahwin kontrak.
Pesanan beliau ''kita umat Islam golongan ahli sunnah wal jama'ah perlu sedar bahaya Syiah dan tentang penyelewangan ajarannya, cukuplah kita berpegang dengan ajaran ahli sunnah yang kita warisi dan pegangilah aqidah itu dengan kuat''.

Maulana 'Asri Yusuf  menulis dalam bukunya 'Syiah Rafidhah' mengatakan; Rafidhah adalah satu golongan Syiah melampau yang berfahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci antaranya;
1-al-Quran telah ditokok tambah dan diseleweng.
2-Sahabat2 Rasulullah s.a.w telah murtad setelah Baginda wafat.
3-RAJ'AH iaitu kepercayaan bahawa Imam2 akan dihidupkan semula sebelum kiamat untuk menghukum orang2 yang telah merampas hak2 mereka termasuk Sayyidina Abu Bakar, Úmar, 'Uthman, 'Aisyah, Mu'awiyah dan sahabat2 lain.
4- IMAMAH atau WALAYAH iaitu kepercayaan bahawa Imam2 dilantik untuk ditentukan oleh Allah s.w.t.. Imamah adalah salah satu Rukun Iman,sesiapa yang tidak percaya kepada rukun ini ia tidak termasuk ke dalam golongan orang2 mukmin.
5-ISMAH iaitu kepercayaan bahawa semua Imam adalah Ma'sum (terpelihara daripada dosa2 sama ada besar atau kecil).
6-GHAIBAH iaitu kepercayaan tentang adanya Imam yang hilang dan akan kembali ke dunia setelah dunia ini dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan dengan membawa keadilan pemerintahannya.
7- TAQIYYAH iaitu kepercayaan menyembunyikan fahaman yang sebenar dan melahirkan yang lain daripada apa yang ada di dalam hati. Taqiyyah juga merupakan salah satu ciri keimanan bagi orang2 Syiah.
8-MUT'AH (kahwin kontrak) iaitu kepercayaan bahawa perkahwinan tidak memerlukan kepada saksi, wali dan pengisytiharan.
9-AL-BARAA'AH iaitu kepercayaan berlepas diri dan memutuskan hubungan kasih sayang dengan Sayyidina Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan menghina ketiga2 nya.

( Syiah doakan keburukan untuk 3 Khalifah ) 
P/s; Cara paling mudah dan senang untuk mengetahui penganut Syiah di Malaysia ialah mereka akan menepuk lutut 3kali setelah selesai solat.


Syeikh Ihsan Ilahi Zahir, seorang ulama' terkenal di India yang telah meninggal dunia kerana dibunuh oleh puak2 Syiah, beliau menulis dalam kitabnya 'As-Sunnah Wa As-Syiah yang diterjemah oleh Bey Ariffin mengatakan; beberapa pengakuan dari orang2 Syiah sendiri,
1-Yahudilah yaang membentuk satu kelompok dengan nama Islam di bawah pimpinan 'Abdullah bin Saba, yang berpura2 masuk Islam tetapi hatinya batinnya penuh dengan kekafiran.
2-Melemparkan desas desus fitnah antara kaum muslimin, menentang khalifah yang ke-3 'Uthman bin 'Affan r.a.
3-Menanamkan kedengkian dan demdam di hati manusia terhadap Abu Bakar, Umar, Uthman dan para sahabat yang sepuluh.
4- Mereka mengkafirkan seluruh sahabat Rasulullah kecuali hanya beberapa orang.
5-Menyebarkan aqidah Yahudiyyah (kepercayaan yang berbau ajaran orang2 Yahudi) di kalangan orang Muslimin, lebih2 lagi aqidah AL-WISHAYAH dan AL-WILAYAH (mewasiatkan atau mewariskan kekuasaan) yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan tidak pula dalam Hadist2 yang sahih. Aqidah demikian itu adal ah ciptaan orang Yahudi yang menurut 'Abdullah bin Saba bahawa Nabi Musa pernah mewasiatkan dan mewariskan kekuasasaan kepada Yusya bin Nuun, lalu mereka (Syiah) menyebarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w juga mewasiatkan kekuasaan kepada 'Ali bin Abi Thalib r.a.
6-Syiah juga menyebarkan AL-BADA' iaitu bahawa Allah terlupa dan tersalah dan lain2 yang semuanya merupakan khurafat dan kepalsuan belaka.

( Yasir al-Habib kafirkan 2 sahabat Nabi )
Minit ke 0:50 melaknat Abu Bakr, 4:11 melaknat 'Umar

( Kenyataan Syeikh Yusuf Qaradhawy )

( Kenyataaan bekas mufti, Dr 'Asri )
 

( Imam Syiah )
  

( Inilah Syiah )

( Lagi video Dr 'Asri )


- Ensiklopedia Agama, Mazhab2 Moden (seminar pemuda Islam Antara Bangsa Riyadh) menulis beberapa kepercayaan Syiah;
1- ISMAH iaitu setiap imam 12 itu terpelihara daripada salah dan lalai untuk melakukan dosa.
2-TAQIYYAH iaitu menyembunyikan kepercayaan, siapa yang meninggalkannya (tidak buat) dianggap seperti meninggalkan solat kerana ianya wajib.
3-MUT'AH iaitu mereka (syiah) menilai bahawa mut'ah wanita adalah sebaik2 adat dan seutama2nya kerabat.
4-Mereka meyakini wujudnya Al-Quran bernama al-Quran Fatimah, didalamnya seperti al- Quran kamu tiga kali lebih besar, demi Allah tidak ada padanya satu huruf pun berbeza seperti dengan al-Quran kamu.

5-Mereka mengadakan hari raya penghibur, ratapan dan hari berkabung dengan membuat gambar, memukul dada dll. Perbuatan itu dilakukan pada tanggal 10 Muharram, mereka meyakini melakukan perbuatan itu dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat menghapuskan dosa2 nya.

( Hari memukul dada pada 10 Muharram )
 
6-Pemikiran Syi'ah bersumber daripada Budha yang membawa ciri2 agama pagan Aswar dan Babilon.
7- Ucapan mereka kepada 'Ali bin Abi Talib dan imam2 ahli Bait serupa dengan ucapan2 Kristian kepada Nabi Isa a.s.. Syi'ah juga serupa dengan Kristian pada kebanyakkan perayaan.

 ( Persamaan Syiah dan Yahudi  )

Dato Ustaz Harun Taib -membongkar rahsia Syiah.
( Part 1 )
 

( Part 2 )

( Part 3 )


( Syiaa Are Not Muslims! )

( JAIS serbu Markas Syiah Gombak 17 disember 2010 )
( Syiah di Iran & Syiah di Malaysia - Dr. Asri )
 

P/s; Ini adalah salah 1 contoh golongan yang berpegang dengan aqidah yang menyeleweng lagi melampau [BATIL], ALHAMDULILLAH! jika antum (kamu) semua sudah tahu dan setuju dengan kenyataan di atas ini kerana ramai umat Islam tertipu dengan dakyah dan tipu helah golongan aqidah Syiah melampau ini, tapi SUBHANALLAH!(Maha Suci Allah) jika antum tidak setuju atau ragu2 dengan kenyataan yang ana petik daripada beberapa orang masyhur di atas ini, sila banyakkan membaca buku mengenai Syiah, artikel2 dan video di internet. Hendaklah kita memelihara agama dan aqidah kita dan saudara kita daripada terjebak dan menganuti aqidah menyeleweng berdasarkan firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 110 yang bermaksud, "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah".

Maklumat lebih terperinci;
syiahmalaysia.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SYIAH
MAZHAB ATAS NOSTALGIA SEJARAH

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jumaat, 24 Disember 2010

       Syiah ialah satu mazhab yang hidup atas 'nostalgia' lampau. Muharram adalah salah satu musim golongan Syiah menzahirkan tangisan mereka terhadap sejarah. Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu 14 kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu. Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran 'kemarahan warisan'.

        Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok dalam Islam. Ia hanya bermula dari sebuah aliran politik atau dalam istilah 'politik kepartian' lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dibuang lagi. Isu-isu yang berkaitan dengan polisi pentadbiran pada zaman Saidina Uthman, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk membina aliran politik pada zaman tersebut. Hari demi hari, dalam usaha mengukuhkan 'parti' dan menambah pengikut maka pelbagai nas-nas mula diberikan tafsiran yang mempunyai kepentingan politik, bahkan diwujudkan nas-nas baru bersifat politik yang sengaja diada-adakan.

EMOSI

        Ertinya, krisisi politik dalam kalangan umat Islam selepas kewafatan Nabi SAW telah diwarisi secara emosi dan kekeliruan. Emosi di sini bermaksud isu-isu itu dilihat hanya pada sudut kehendak aliran politik tertentu, atau sentiment tertentu tanpa cuba merongkaikannya atau memahaminya secara holistik. Isu khalifah atau kepimpinan yang cuba dijadikan warisan keluarga Nabi SAW (Ahlul Bait) jika diterima akan menafikan sifat Islam sebagai agama yang tidak berteraskan nepotism atau kepentingan keluarga. Kelayakan manusia dalam kepimpinan menurut nas-nas Islam yang dipegang dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah berasaskan kemampuan (al-quwwah) dan amanah (al-amanah). Sistem warisan dalam kepimpinan seperti yang dipegang oleh Syiah akan mengujudkan kasta aristokrat atau bangsawan yang akhirnya mereka dianggap infallible (maksum) yang tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana kelayakan kepimpinan itu bukan kerana penguasaan mereka terhadap konsep kepimpinan sebaliknya secara warisan yang akhirnya mereka bagaikan wakil Tuhan yang menerima wahyu. Lalu mereka sentiasa dianggap benar dalam segala tindakan. Maka dengan itu akan terbengkalailah roh syura dalam pemilihan kepimpinan.


KEKELIRUAN

       Adapun, di sudut kekeliruan warisan ia membabitkan kepercayaan pengikut Syiah terhadap apa yang diwarisi dari fakta sejarah. Peristiwa-peristiwa sejarah lampau telah diwarisi turun temurun secara yakin tanpa mereka menyemak ketepatan fakta-fakta tersebut, atau ia sebenarnya hanya desas-desus politik atau tokok-tambah riwayat atas kepentingan politik. Berasaskan apa yang mereka baca atau warisi mengenai cerita-cerita buruk para sahabat Nabi SAW, khususnya Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah, 'Amr bin Al-'As atau selain itu, mereka telan bulat-bulat bersama kebencian dan kemarahan 'politik warisan'. Mereka tidak sempat lagi bertanya sejauh manakah kebenaran fakta tersebut, kerana berita buruk itu adalah 'musuh politik' mereka. Demikian seperti yang kita lihat musuh-musuh politik apabila bertarung antara satu sama lain. Kisah buruk musuh semua ditelan bulat-bulat dan disebarkan seluas-luasnya.

     Hal ini bermula sejak penghujung pemerintahan Uthman bin Affan. Fitnah bermula. Dia dituduh menyalahgunakan kuasa, menjaga kepentingan keluarga dan pelbagai lagi. Walaupun sejarah mencatatkan Saidina Uthman telah menjawab semua isu tersebut dengan hebat dan mantap, tetapi jawapan-jawapan itu tidak pernah sampai kepada mereka, kerana mereka enggan membaca atau mengetahui kebenaran musuh politik mereka. Sebenarnya, Saidina Uthman telah cuba membendung gerakan fitnah yang dilancarkan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba - suatu watak yang diakui kewujudannya oleh sumber Syiah dan Sunni. Dialah yang mencadangkan kempen menjatuhkan Uthman. Dia campuri isu-isu politiknya dengan pelbagai tafsiran agama, termasuklah kononnya Ali bin Abi Talib ialah warisan Nabi SAW dalam kepimpinan politik. Rakyat terpinga-pinga. Mereka tiada pengalaman politik seperti itu. Khalifah Uthman yang warak itu menulis surat rakyat: "Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amru bil Ma'ruf dan al-Nahy 'anil Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka hak mereka. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan diberikan kepada rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca secara sembunyi, atau sesiapa sahaja yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). "Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)". Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata : "Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan" (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/342. Beirut: Rawa'i al-Turath al-'Arabi).

        Namun oleh kerana reka cerita itu atas kepentingan politik, maka fitnah terus disebarkan. Para sahabat Nabi SAW tidak terpengaruh degan fitnah itu, tetapi ia mempengaruhi mereka yang bukan sahabat yang hidup di zaman tersebut. Sehingga para pemberontak datang ke Madinah, berdialog dengan Uthman sendiri. Segala fitnah telah 'Uthman jawab dengan kemas. Mereka terbungkam. Para sahabat yang menyaksikan mengakui hujah-hujah Uthman. Antaranya Uthman berkata : "Ketahuilah aku dilantik menjadi khalifah, aku adalah orang Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing. Namun sekarang tidak ada bagiku melainkan dua ekor unta yang aku gunakan untuk menunaikan haji... mereka mengatakan bahawa aku sayangkan kaum keluargaku dan memberikan mereka harta. Sebenarnya, perasaan sayangku kepada kaum keluargaku tidak menyebabkan aku bertindak kepada mereka adalah daripada hartaku sendiri. Aku tidak pernah menghalalkan harta benda orang Islam untuk diriku, tidak juga untuk sesiapa. Demi Allah ! Aku tidak pernah mengambil sedikit pun harta atau cukai dari mana-mana wilayah.." (Al-Tabari, Tarikh Al-Tabari, 4/348). Apa yang pasti tulisan Syiah tidak akan memetik hal ini. Kerna, ini bukan apa yang mereka mahu.

RIWAYAT SEJARAH

      Namun, disebabkan fitnah berterusan, khalifah Uthman dibunuh. Selepas pembunuhan Uthman, dunia Islam terus tidak tenteram. Fitnah makin banyak. Pelbagai cerita ditokok tambah. Dari cerita politik Saidina Uthman sehingga berlarutan isu Perang Jamal, Siffin, pembunuhan Saidina Hussain dan pelbagai lagi.

         Buku-buku sejarah mencatatkan pelbagai perkara yang bercampur aduk antara satu sama lain. Cerita-cerita bercanggahan antara satu sama lain. Ada riwayat pro-syiah dan ada yang pro-sunni. Kesemuanya bergantung kepada perawi (narrator). Jika dia fanatik Syiah seperti Abu Mikhnaf dan Hisyam bin Saib al-Kalbi maka buruk Uthman, Muawiyah dan lain-lain. Kita al-Umam wal Muluk atau dikenali dengan Tarikh al-Tabari yang menjadi pegangan sejarah Sunnah dan Syiah itu meriwayat pelbagai riwayat yang bercanggahan antara satu sama lain. Ini kerana, al-Imam al-tabari (w.310) mencatatkan apa sahaja yang sampai kepadanya ; tanpa mengambil kira sama ada sahih ataupun palsu. Ini kerana beliau membiarkan agar para pembacanya menilai berdasarkan sanad-sanad yang dikemukakan dan membuat pembandingan sendiri.

       Ini disebut sendiri oleh al-Tabari dalam mukadimahnya : "Apa yang terkandung dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelek. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku". (Al-Tabari, Tarikh Al-Tabari, 1/8).

      Kita semua tidak menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku. Demikian juga al-Tabari. Hanya catatan dalam pelbagai rupa yang ada. Membaca sejarah Islam memerlukan pengetahun tentang disiplinnya. Maka kita hendaklah mematuhi arahan al-Quran: (maksudnya ) :

     "Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu". ( Surah al-Hujarat: 6 ).

       Justeru Ahlus Sunnah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah ini dengan Syiah. Kata al-Imam Ibn Taimiyyah (w.728): "Ahlus Sunnah wal Jamaah berlepas diri daripada sikap golongan al-Rafidah (syiah) yang membenci dan mencerca para sahabat. Mereka juga berlepas diri daripada sikap golongan al-Nasibah yang menyakiti Ahlul Bayt dengan perkataan dan perbuatan mereka. Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengambil sikap mendiamkan diri tentang pertelingkahan yang berlaku antara para sahabat. Mereka mengatakan bahawa kisah-kisah yang diriwayatkan tentang keburukan para sahabat, antaranya adalah dusta atau ia sengaja ditokok tambah atau dikurangkan atau diubah dari ceritanya yang asal". (Ibn Taymiyyah, Al-'Aqidah al-Wasattiyyah, hlm. 201).

       Atas kedukaan sejarah yang ditokok-tambah itu, atau direka berdasarkan keperluan politik itu, dibina pula berbagai doktrin dan dogma agama yang lain sehingga Syiah akhirnya lahir menjadi satu mazhab yang besar yang akan mewarisi dendam sejarah dari zaman ke zaman. Saya pernah menulis sebuah buku berjudul Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah. Persoalan ini telah saya jelaskan dengan lebih terperinci.

       Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak berkesudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan. Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka mahir berpolitik.

       Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal.
 
Sumber: SINAR HARIAN Jumaat 24 Disember 2010> www.sinarharian.com.my/rencana

Khamis, 23 September 2010

no6.Universiti Al-Iman, San'a Yaman (1 contoh golongan Haq)


Syeikh Abdul Majid hafizahullah

Suatu ketika dahulu Universiti al-Iman, Sana’a pernah dituduh sebagai sarang pengganas. Malah lebih dari itu, universiti ini juga ditohmah sebagai markas pengajian yang dibiayai oleh pergerakan al-Qaeda tanpa bukti kukuh. Akhirnya, fitnah tersebut semakin lama semakin hilang dengan kewibawaan para ulama yang dihasilkan dari universiti ini. Terdapat di kalangan lulusan mereka yang telah dipilih oleh rakyat menjadi ahli parlimen dan ada juga yang dijemput untuk menyumbangkan ilmu mereka di luar negara.

(Pengenalan)

Universiti al-Iman telah diasaskan oleh Syeikh Abdul Majid Aziz al-Zandani bersama para ulama Yaman yang ikhlas ingin melihat perubahan dalam sistem pengajian ilmu-ilmu Islam. Seorang ulama terkenal, Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah hadir ke universiti ini dan mengakui kelebihan manhaj pengajiannya yang sangat berbeza dengan pusat-pusat pengajian yang lain di dunia Islam.

Banyak perkara yang tidak diketahui mengenai universiti ini. Lalu saya cuba membuat temujanji untuk berjumpa Syeikh Abdul Majid di kediaman beliau. Kunjungan ini merupakan kali kedua, khusus bertujuan untuk mendapatkan penjelasan beliau mengenai sistem pengajian di universiti tersebut.

Syeikh al-Zindani seorang yang sederhana perwatakannya dan sangat merendah diri. Apabila diminta untuk menceritakan pengalaman beliau dalam bidang ilmu, beliau menjawab diiringi senyuman, “Perkara ini tidak ada manfaat jika anda mengetahuinya dan anda tidak akan rugi jika tidak mengetahuinya.” Lalu beliau lebih berminat untuk berbicara tentang sistem pengajian di Universiti al-Iman untuk menggalakkan para pelajar datang ke belajar ke sini.

Syeikh al-Zindani menyatakan, “Manhaj kami di universiti adalah sukar sebagaimana yang kamu ketahui. Manhaj pengajian yang mantap, kerana kami hendak menghasilkan orang yang berilmu. Kerana itu, mereka (para pelajar) akan merasa ‘letih’ sedikit. Ketika kami mengasaskan universiti ini, matlamat kami adalah untuk menghasilkan orang yang memahami agamanya dengan ilmu yang sahih dan mantap sebagaimana para sahabat ridhwanullahu‘alaihim mempelajarinya. Begitu juga kami mahukan dia memahami agamanya serta menyedari bahawa dia berada pada kurun ke-21 dan mengetahui bagaimana mengeluarkan hukum-hakam agama untuk menyelesaikan isu-isu semasa daripada perspektif al-Quran dan Sunnah. Juga, bagaimana untuk menjadi insan yang bertakwa dan takut kepada Allah. Tidak ‘membeli’ atau ‘menjual’ (agama), tidak menjadi penakut dalam menyatakan kebenaran agamanya dan ikhlas kepada Allah.”
Syeikh dalam satu perjumpaan
Syeikh al-Zindani menjelaskan bahawa ilmu agama itu diperolehi daripada al-Quran dan Sunnah. Ilmu fekah juga dipelajari daripada para ulama fuqaha kaum muslimin yang terdahulu di mana keilmuan mereka telah diterima semenjak berkurun lamanya. Beliau juga cuba memperbetulkan sistem pengajian agama yang dilaksanakan di kebanyakan universiti-universiti Islam pada ketika ini, iaitu para pelajar kebanyakannya mempelajari agama melalui nota-nota pengajian dan bukannya daripada kitab-kitab karangan para ulama.

Kata beliau, “Ilmu itu diperolehi dengan kamu mengambil kitab yang muktamad dan dipelajari dari kulit depan ke kulit belakang.. dipelajari setiap perkara yang terdapat di dalamnya.”

Menurut beliau, sistem pengajian agama yang hanya mempelajari beberapa juzuk ilmu tidak akan dapat menghasilkan ulama mujtahid yang dapat menyelesaikan masalah umat. Kata beliau lagi, “Kerana itu di universiti kami, ilmu tafsir dipelajari dari surah al-Fatihah hingga surah al-Nas, dari awal mushaf ke akhirnya.”

Di Universiti al-Iman, para pelajar perlu mempelajari disiplin ilmu-ilmu yang banyak seperti ‘Ulum al-Quran, Sunan, mustalah hadis, usul fiqh, nahwu dan sarf dan lain-lain. Juga dipelajari Sirah Nabawiyyah, sejarah Islam, ilmu tazkiah (tasawwuf) yang bertepatan dengan sunnah dan merangkumi semua ilmu yang perlu dikuasai oleh seorang pendakwah.
(Prasarana Pembelajaran)
P/s; Jika antum seorang pelajar agama atau pendakwah, jadikan pesanan pada minit ke 2:52 dalam video part 2 ini sebagai kata2 semangat dan panduan untuk menjalani hidup sebagai seorang Muslim yang Mukmin.

Di antara keistimewaan sistem pengajian di Universiti al-Iman ialah ‘ilmu al-Iman’ iaitu satu ilmu yang dapat menguatkan keimanan kita kepada Allah Ta’ala berdasarkan hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah. Juga dipelajari ilmu I’jaz al-‘Ilmi yang membuktikan kebenaran al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w berdasarkan fakta-fakta penemuan sains dan teknologi pada zaman ini. Kini ilmu ini sudah mula diajarkan di kebanyakan universiti-universiti yang lain.
Media Press

Kata Syeikh al-Zindani, “Pengajian ilmu iman di Universiti al-Iman adalah berbeza. Kerana kami menyediakan manhaj pengajian iman bertepatan dengan manhaj al-Quran. Itulah manhaj para sahabat dan para tabi’in. Kami banyak memberikan perhatian pada dalil-dalil yang dapat menguatkan keimanan, menegakkan hujah-hujahnya dan menolak syubhat golongan ateis dan orang-orang yang kafir pada zaman kita ini.” Menurut beliau lagi, para pelajar juga mempelajari ilmu-ilmu falsafah dan ilmu kalam sebagai satu ilmu pengetahuan. Katanya, “Bukanlah kita mahu menjadikan ilmu itu sebagai asas (keimanan), kerana iman para sahabat dan tabi’in tidak mengenal semua itu. Bahkan, supaya kita mengetahui jika terdapat kebaikan, maka kita terima dan jika terdapat penyelewengan, lalu kita menolaknya.”
Manhaj pengajian fekah di universiti ini melalui tiga peringkat, kata Syeikh al-Zindani, “Peringkat yang pertama, kita mempelajari fekah secara terus daripada (nas-nas) al-Quran dan Sunnah, iaitu terus merujuk kepada nas. Mengikut manhaj Imam al-Syawkani. Kemudian kita mempelajari fekah secara perbandingan di antara 4 mazhab.” Ini bagi memberi pemahaman, mengapa mazhab-mazhab tertentu mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hukum dalam satu-satu perkara. Supaya mereka mengetahui dalil-dalil bagi setiap pendapat mazhab-mazhab tersebut. Menurut Syeikh al-Zindani, manhaj ini dipelajari sehingga tahun ke-7 pengajian.

Demonstrasi

Kata beliau lagi, “Setelah tahun ketujuh, jika pelajar tersebut mendalami fekah, qadha atau fatwa secara takhassus (specialised) , dia akan mempelajari satu-satu mazhab secara khusus. Sama ada mazhab Imam al-Syafie, Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Supaya dia benar-benar memahami mazhab itu dengan terperinci. Apabila dia pulang ke negaranya kelak, sekiranya penduduk negara itu mengikut mazhab Syafi’e, maka dia mampu berfatwa dengan menepati mazhab Syafi’e. Begitulah dengan mazhab-mazhab yang lain.” Bukan sekadar ilmu agama, malah universiti ini juga menyediakan tawaran pengajian dalam bidang ekonomi, pengurusan, perubatan, psikologi dan media komunikasi menurut Islam bagi mereka yang berminat untuk mendalaminya.

(Saranan 'Ulama-'Ulama Kontemporari)

Kesemua ilmu-ilmu ini bagi membolehkan lulusan universiti ini menjalankan peranan mereka dalam masyarakat dengan menepati syariat Islam dan mengetahui perkara halal dan haram. Di samping itu, mereka juga menjadi pendakwah dalam bidang-bidang tersebut untuk memperbaiki sistem kehidupan yang bercanggah dengan Islam.

Kata Syeikh al-Zindani, “Dengan itu, Parti Islam di Malaysia akan beroleh banyak manfaat dengan para pelajar kami.”

Website Jamiah Al-Eeman : jameataleman.org (sumber gambar)
Dipetik dari artikel : Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)

P/s; Ini merupakan salah satu contoh golongan (HAQ) yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, bukan golongan ini sahaja malah ramai lagi golongan yang (HAQ) asalkan hidup berpandukan Quran n Hadist.

Rujukan;
 http://budakiman.blogspot.com/2009/06/bingkisan-dari-yaman-syeikh-al-zindani.html
http://kembara-hikmah.blogspot.com/search/label/Hikmah%20Yaman
akhbar HARAKAH bertarikh 19-21 september 2008 ruangan Fikrah Figur


Fikrah Figur 19-21 Sep 2008
Susunan: Ustaz Zainuddin Hasyim ustazzain@harakah.net.my


Dr. Adul Majid Aziz Zandani Hadapi Pelbagai Tribulasi

Ketokohan Dr. Abdul Majid dalam penglibatan bersama gerakan Islam di Yaman tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Walaupun suatu ketika gerakan Ikhwan Muslimun pada 1948 dicincang begitu rupa hingga ke akar umbi dan terus lenyap di bumi Yaman, semangat untuk mengembalikan nostalgia kenangan itu tetap dan terus membara dalam diri beliau.

Kesibukan dengan program-program gerakan tidak melumpuhkan semangat juangnya untuk memastikan Islam akan terus bertapak di negaranya. Ini kerana Yaman bukanlah dikategorikan sebagai sebuah negara Arab yang berkiblatkan cara hidup dan peraturan Islam, malah lebih kepada sistem pentadbiran negara berorientasikan Sosialis dan Komunis yang sememangnya anti-Islam.

Ini bermakna tugas berat menanti Dr Abdul Majid bagaimana kemampuannya untuk membawa negaranya yang tercinta agar beralih kepada sistem pentadbiran Islam dalam erti kata sebenarnya. Inilah cita-cita yang disemai dalam sanubari beliau untuk melihat Islam menjadi rujukan dan pegangan dalam segenap aktiviti kehidupan dalam masyarakat secara menyeluruh.



SEJARAH HIDUP DR ABDUL MAJID

Beliau ialah Dr Abdul Majid Aziz az-Zandani, yang merupakan seorang tokoh ahli politik dan korporat Yaman yang tidak asing kepada masyarakat Yaman seluruhnya.

Beliau pengasas Universiti Iman di Yaman, pengasas badan ‘Ijaz Ilmu Sains al-Quran dan Hadits yang berpangkalan di Makkah, Presiden Majlis Syura Perhimpunan Islah Yaman dan salah seorang pengasas Gerakan Ikhwan al-Muslimun Yaman.

Dilahirkan dibandar Ba’dan dalam wilayah Ibb, Republik Yaman pada 1942, mendapat pendidikan awal di al-Kuttab, kemudian beralih ke Aden dan meneruskan pengajian secara pondok di situ.

Selepas menamatkan pengajian di Aden, beliau meneruskan pendidikan peringkat pangajian tinggi di Fakulti Farmasi di salah sebuah universiti di Mesir selama 2 tahun.

Setelah menamatkan pengajian di Mesir, beliau pulang ke San’aa, Yaman dan dilantik sebagai pendidik di Kementerian Pendidikan. Di situlah bermula kecenderungan beliau menulis dan menghasilkan bahan-bahan ilmiah. Dalam kesempatan itu beliau telah mengarang kitab ’Akidah Berasaskan Saintifik’ bersama beberapa pendidik lain untuk dijadikan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Yaman.

Beliau sering diundang menyampaikan kuliah agama yang berteraskan ilmu sains di beberapa buah masjid , kuliah-kuliahnya itu dirakam dan dijadikan bahan rujukan kemudian diterjemahkan kepada beberapa bahasa dunia.

Kepakaran beliau dalam ilmu sains yang berpaksikan kebenaran al-Quran mendapat sambutan meluas bukan sahaja di kalangan rakyat Yaman, malah mula dihidu oleh institusi pengajian luar negara, antaranya ‘Arab Saudi. Beliau diundang menjadi tenaga pengajar di sana, dalam beberapa tahun semasa menetap di ‘Arab Saudi (tanpa disebut tarikh atau tahun) . Beliau mengadakan kelas-kelas pengajian agama, menyampaikan kuliah dan ketika berada di Mekkah, beliau berjaya mengasaskan Badan ‘Ijaz Ilmu Sains al-Quran dan Hadits dan menjadi pengerusinya yang pertama.

Kepakaran ilmu pengetahuan yang dimilikinya itu tidak terhenti setakat dicurahkan kepada orang lain. Akan tetapi beliau berhasrat untuk berbakti kepada anak bangsa sendiri di Yaman, beliau akhirnya meninggalkan ‘Arab Saudi untuk berkhidmat semula ditanah airnya sendiri.

Setelah beliau mendapat pandangan daripada Majlis Syura ‘Ulama Dunia, beliau telah mengasaskan Universiti Iman bagi mengajar para pelajar subjek Pangajian Islam dan Sains.

Pada masa yang sama juga beliau meneruskan tugas mengarang kitab dan berjaya menghasikan bahan-bahan ilmiah mengenai tentang ilmu akidah dan hubungannya dengan saintifik moden.

Hasil kajian yang dilakukan terutamanya dalam bidang sains mendapat perhatian beberapa institusi pengajian tinggi luar negara. Akhirnya beliau dianugerahkan ijazah doktor kehormat daripada Universiti Oum Darman, Sudan sebagai satu penghargaan dalam bidang ilmu sains.

Tidak cukup dengan itu, beliau berjaya dalam satu penemuan baru saintifik penawar bagi sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS).

Penemuan penawar penyakit itu mendapat liputan meluas hingga beliau dipanggil oleh stesen televisyen al-Jazeera untuk mewawancara mengenai tentang hasil penemuannya itu. Beliau menggunakan kaedah ubat-ubatan berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Kajian yang dihasilkan selama 15 tahun itu menurutnya, mampu mengubati mangsa AIDS dalam tempoh 3 bulan, kajian yang dijalankan itu boleh merawat 15 pesakit dalam satu-satu masa.

PENGLIBATAN DALAM JIHAD DI AFGHANISTAN

Dr Abdul Majid pernah menyertai jihad di Afghanistan menentang kuasa besar Soviet Union yang akhirnya tumpas di tangan Mujahidin. Pemergiannya ke sana adalah untuk merasa sendiri jihad sebenar menentang musuh Allah yang sering diungkapkan dalam majlis-majlis usrah anjuran Ikhwan Muslimun di Yaman.

Walau bagaimanapun penyertaan beliau dalam medan jihad telah dihidu oleh Amerika Syarikat yang menuduhnya terlibat dalam aktiviti keganasan melalui rangkaian al-Qaeda, walaupun beliau sendiri tidak ada kaitan dengan rangkaian berkenaan.

HASIL TULISAN ILMIAH

Kehidupan Dr Abdul Majid penuh dengan tuntutan amal soleh, termasuklah kejayaannya menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang menjadi rujukan dalam program usrah dan pembentangan kertas kerja seluruh dunia.

Antara hasil tulisan beliau yang sempat dikesan:
1.  Al-Bisyarah Bin Nabi s.a.w.
2.  ‘Ijaz al-Quran fi an-Nasiah.
3.  Marahilah Khalq al-Insan 'ala Dau al-Kitab wa as-Sunnah.
4.  Amwaj al-Bahr allujji.
5.  Ilmu al-Iman.
6.  Toriq al-Iman.
7.  Hahwa al-Iman.
8.  At-Tauhid.
9.  Al-Baiyinah al-Ilmiah fi al-Quran al-Karim.

Sumber Wikipedia.com